09 Februari 2013

Kehidupan keluarga selepas pemergiannya...

3 Mei 2009 , 10.25 pagi . Perginya seorang lagi ahli keluarga yang paling penting dalam hidup aku akibat sakit tua...Fudziah Bt Md Salleh...nama yang tidak asing lagi dalam kehidupan wanita  Kampung Tersusun Tasek....dia pergi sebagai seorang nenek yang telah membesarkan cucu sulungnya iaitu aku dan tidak sempat untuk melihat lahirnya bakal waris Syed Mohammad....dia juga pergi sebagai seorang ibu,seorang penasihat dan seorang wanita....sebelum dia pergi,dia sudah melihat kejayaan anak-anaknya dipuncak kegemilangan..Namun,dia terpaksa melihat perginya anak kesayangannya terlebih dahulu...dia pergi meninggalkan 2 anak perempuan,Sharifah Noor Emma bt Syed Mohammad dan Sharifah Mimi Maisyura bt Syed Mohammad dan seorang cucu sulungnya iaitu aku,Muhammad Amirul Husni Bin Abdullah...selepas aku lahir,mak aku pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki membesarkan aku...namun,perjalanannya tidak berhenti setakat itu....nenek aku lah yang membesarkan aku dari kecil sehinggalah aku masuk tingkatan 1..Malangnya,nenek aku mula sakit dan gagal meneruskan aktiviti hariannya...lalu,aku menjaganya dari awal Ogos 2008 sehingga Mei 2009,saat dia pergi menghadap Ilahi....selepas pemergiannya,kehidupan ahli keluarga mula menjadi tak tersusun....banyak ahli keluarga mula bergaduh dan secara tidak langsung,aku juga yang terkena tempiasnya..aku mula hilang arah dan akibatnya,aku mula jadi jahil dan pelajaran aku mula merosot...saat itu juga aku merasakan yang aku takkan hidup lama dan akan pergi menyusuli atuk,mak saudara dan nenek aku menghadap Ilahi...nenek aku ibarat penasihat dalam keluargaku...segalanya mesti meminta nasihat nenek aku...meskipun dia anak kedua,dia ibarat anak emas dalam keluarga....memori manis yang takkan aku lupakan ialah ketika aku masih kecil,aku ikut nenek aku pergi kerja...dia dulu kerja kerani kat IPK PERAK ( bahagian trafik) . dia bersara pada 2001,selepas pemergian anak keduanya,Sharifah Fara Mazidah bt Syed Mohammad...Sejak pemergiannya,kehidupan semasa ahli keluargaku mula berubah...mak aku dipindahkan ke cawangan Ipoh ( Telekom Malaysia ) , manakala mak saudara aku yang sorang lagi pula,sekarang bekerja di OCBC Bank,Kuala Lumpur...dia mendirikan rumahtangga dengan pak cik aku,Ahsraf Mokhtar...dia bakal melahirkan anak sulungnya 2 minggu lagi...Alhamdullilah...akan bertambah lagila ahli keluarga aku....kalaulah nenek aku masih hidup,mesti dia akan rasa gembira....


#Aku rasa setakat ini sahaja coretan aku untuk kali ini...
#Sambungannya akan aku tulis selepas cuti Tahun Baru Cina !
#Gong Xi Fa Cai dan Selamat Bercuti ! xD